LONDON - Liverpool tidak akan berkompromi dengan Manchester United mahupun Chelsea.
Sebaliknya, Liverpool hanya fokus meraih enam mata maksimum dalam baki dua perlawanan Liga Perdana England musim ini bagi memburu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.
Ketika ini, United dan Chelsea bersaing hebat bagi memburu kejuaraan liga apabila skuad The Blues mene- rajui takhta dengan perbezaan satu mata di hadapan The Red Devils.
Justeru, ada yang beranggapan Liverpool mampu membantu United merangkul kejuaraan liga bagi musim keempat berturut-turut dengan menewaskan Chelsea di Anfield, Sabtu ini.
Namun kapten Liverpool, Steven Gerrard menegaskan bahawa skuad The Reds tidak akan sesekali memi- kirkan tentang kedua-dua kelab tersebut.
"Kami memiliki dua baki perlawa- nan liga yang perlu dihadapi dan kami mahu mengutip seberapa banyak mata yang boleh bagi menghidupkan kembali peluang layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.
"Sekiranya kami berjaya mengumpul mata yang banyak, siapa tahu dan jika pasukan di atas kami melakukan kesilapan, ia sudah pasti memberi kelebihan buat kami.
"Kini apa yang perlu kami lakukan adalah terus memberi tekanan dan tidak akan sesekali menyerah kalah. Situasi ketika ini penting untuk menjadi lebih realistik," jelas Gerrard.
Gerrard juga sedar, jika Liverpool mencatatkan keputusan seri dengan Chelsea, ia secara tidak langsung akan memberi United ruang untuk muncul juara buat kali ke-19, sekali gus mengatasi rekod yang dipegang The Reds selama ini.
Sementara itu, perancang Chelsea, Frank Lampard yakin Liverpool tidak akan memberi laluan mudah kepada The Blues pada aksi di Anfield nanti.
"Barisan pemain Liverpool tidak akan memberi peluang kepada kami, mereka juga mahu memburu kemenangan.
"Saya percaya, mereka akan mengamalkan corak permainan yang profesional. Mereka akan melakukan yang terbaik pada perlawanan itu nanti.
"Bagaimanapun, mesej daripada kami kepada Liverpool... kami akan ke Anfield dan meraih tiga mata penuh," kata Lampard. - Agensi

No comments:
Post a Comment